SELAMAT DATANG KE BLOG SMK MUADZAM JAYA.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....SMK MUADZAM JAYA ADALAH SEKOLAH TRANSFORMASI

Sejarah Sekolah

Sekolah ini telah dibuka pada 1 Januari 2002 dengan menumpang sementara di SMK Muadzam Shah sehingga 17 April 2002.

Pada awal penubuhan, sekolah ini mempunyai 6 kelas pembelajaran dengan jumlah pelajar seramai 199 orang(Tingkatan 1 dan 2 sahaja) dan guru seramai 11 orang serta 2 orang staf sokongan. Sebulan selepas itu staf sokongan bertambah seorang lagi. Pada masa itu, sekolah ini tidak mempunyai pengetua dan hanya En. Ahmad Lotfi bin Zubir(Guru Penolong Kanan 1) memangku pengetua, En. Ariffin bin Tahir(Guru Penolong Kanan HEM) dan En. Zulkephli bin Mohamad(Guru Penolong Kanan Kokurikulum).

Pada 18 April 2002 sekolah ini mula menggunakan bangunan baru(bangunan sekarang). Bangunan ini mempunyai 3 blok bangunan 3 tingkat yang terdiri daripada blok Pentadbiran(Blok A), Blok Bilik Darjah(Blok B), Blok Makmal dan Kemahiran Hidup, Makmal Bahasa(Blok C), Kantin Sekolah, Surau dan Padang Permainan. Bilangan bilik darjah ialah 36 buah. Keluasan tapak sekolah ini ialah 10.522 hektar(26 ekar).

Pada Jun 2002, pelajar semakin bertambah kerana kemasukkan pelajar tingkatan 4(2 kelas - 29 orang) daripada SMK Muadzam Shah. Manakala pelajar tingkatan 1(3 kelas - 114 orang), pelajar tingkatan 2(3 kelas - 86 orang). Jumlah kesemuanya ialan 243 orang.

Logo sekolah telah dicipta oleh Puan Razmah binti Hamsah dengan 4 warna asas iaitu kuning, hijau, merah dan biru dengan motto ILMU PENYULUH BUDI dan mula diluluskan untuk digunapakai pada 07 Mac 2002. Lagu sekolah pula dicipta oleh En. Ahmad Lotfi bin Zubir(Guru Penolong Kanan 1).

Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Kho Lai Heng. Beliau mula bertugas pada 01 Januari 2004 sehingga 01 September 2004. Pengetua kedua ialah Pn. Tan Deh Hua yang mula bertugas pada 01 September 2004 sehingga beliau bersara pada 19 November 2005. Pengetua ketiga sekolah ini ialah Pn. Hajah Hasiah binti Wan Ali, mula bertugas pada 01 Disember 2005 sehingga 01 Ogos 2006. Pengetua keempat iaitu Puan Hajah Zahrah binti A. Hamid mula bertugas pada 01 Ogos 2006 sehingga sekarang.

Pada tahun 2009, banyak perubahan telah berlaku dengan bilangan pelajar seramai 824 orang dengan bilangan kelas sebanyak 29 buah. Guru semakin bertambah iaitu seramai 60 orang dan staf sokongan seramai 9 orang.

Bangunan dewan baru sekolah telah siap dibina dan telah diserahkan pada 19 Mei 2009. Dewan ini diberi nama Dewan Al-Biruni. Majlis pertama di dewan tersebut ialah Majlis Solat Hajat pada 28 Mei 2009.

Terdapat empat buah sekolah menengah dan tiga buah sekolah rendah berhampiran dengan SMK Muadzam Jaya iaitu SMK Agama Pahang, SMK Muadzam Shah, SM Teknik Muadzam, Maktab Rendah Sains Mara, SK Muadzam Jaya, SK Muadzam Shah dan SK Bukit Ridan

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP